Alhamdulillah, ramai orang suka melakukan
pelbagai amal kebajikan termasuk anak muda yang bergelumang dengan orang
gelandangan. Sekarang pelbagai nama
kumpulan anak muda yang turun ke lapangan rakyat. Nama seperti FNB, Dapur
Jalanan dan Kindness antara badan atau program amal kebajikan yang dijalankan oleh anak muda di negara ini.
Setiap orang melakukan amal kebajikan masing-masing,
ada mempromosi amalan mereka dengan pelbagai niat sama ada niat baik atau buruk
dan ada juga yang lebih selesa melakukan kebajikan secara sembunyi tanpa
publisiti. Justeru, tidak perlu kita mempersoalkan amalan kebajikan orang lain,
paling penting diri terus istiqamah melakukan amalan kebajikan.
Ramai orang termasuk saya menyukai jika ulama
atau para agamawan turun ‘mencemar duli’ ke
lapangan rakyat bawahan untuk berdakwah dan berkebajikan. Para agamawan
jangan terlalu selesa dengan ceramah sehala dan kerusi empuk masjid sahaja
menunggu kedatangan orang yang sedar dan insaf. Mereka mesti turun sendiri ke
lapangan untuk menyelami, mendekati dan menjentik hati rakyat.
Ulama berkhidmat dan berkebajikan bersama
rakyat. Ini impian kita semua.
Dengan pelbagai niat, ramai orang mengkritik
dan mengutuk para ulama yang masih leka dan alpa tentang khidmat dan kebajikan
kepada rakyat.
Sebaiknya kita berbaik sangka, para agamawan
juga manusia biasa. Bukan semua orang berfikir dan beramal seperti kita. Ketinggian
taqwa bukannya ada pada agamawan. Semua
manusia tidak sempurna, segala kesalahan harus dimaafi dan semua kelemahan
perlu dibantu dan ditampung oleh kita supaya keberhasilan kebajikan yang
dilakukan lebih sempurna.
Dulu, terlintas juga rasa bangga kononnya
berjaya menyedekahkan rm 0.20 sen setiap kali solat berjemaah di masjid. Keriya’kan hati semakin mensyaitan apabila
melihat para ustaz kedekut untuk masukkan duit dalam tabung masjid.
‘Kedekut punyai ustaz, puii’
Apabila lepak dalam usrah dan mesyuarat, kita
dapat tahu para ustaz tadi menginfakkan gaji setiap bulan pembangunan PASTI dan
menggunakan pinjaman peribadi untuk pembangunan institusi pendidikan dalam
jemaah. Hati menginsafi.
“padanlah mereka kedekut”
Kita tak nampak, maka kita tak tahu
Kita tak tahu, maka tak berilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan