“bagaimana agama boleh dihidupkan kembali
dalam dunia yang bukan lagi lupakan Tuhan tetapi mengutuk Tuhan” Wajah Pendeta
Islam adalah satu cara hidup. Islam jelas
bertentangan konsep agama yang difahami oleh pemikir Barat yang memisahkan
antara dunia dengan akhirat. Fahaman ini dikenali Sekularisme.
Agama Islam adalah agama yang cukup sederhana,
mudah dan fitrahnya sesuai untuk semua kumpulan dalam masyarakat. Selagi tidak
melanggar ajaran al quran dan hadith, para pengikut agama ini boleh mengamalkan
segala amalan walaupun tidak berbudaya
arab.
Pengalaman
Beragama
Islam ditafsir oleh orang yang ahli tentang
Islam. Keahlian diukur bukan sahaja dengan ketinggian ilmu tetapi dengan ketaqwaan,
kewarakkan dan ketinggian akhlak seseorang yang kita kenali sebagai ulama.
Pentafsiran ulama seringkali menjadi bahan
kritikan. Mereka mengkritik hasil ijtihad ulama dan keperibadian seseorang
ulama. ulama juga manusia biasa yang
tidak sempurna dan terbuka dengan kelemahan, kesempatan ini diambil untuk
mengutuk ulama dan agama Islam.
Pentafsiran yang berbeza dalam kalangan ulama
melahirkan mazhab. Mazhab merupakan panduan beragama memudahkan orang awam
bukannya menyukar hidup beragama dan bukan menjadi alat persengketaan sesama
muslim.
Sebagai umat Islam, kita diberikan akal untuk
melakukan pilihan yang diijtihad oleh para ulama. Buatlah pilihan yang mudah,
sesuai dengan persekitaran dan kemampuan kita.
Kita kena ingat ulama sendiri terbahagi kepada
dua ialah ulama baik dan ulama jahat. Ulama jahat ialah manusia yang bertopeng
agama dan memperdagangkan agama untuk kepentingan diri dan kelompok sendiri.
Jadi, dengan akal yang sihat kita kena buat pilihan
pentafsiran yang mampu dan mudah kita lakukan dengan syarat ijtihad ulama yang
kita ikuti semestinya daripada ulama yang berwibawa dari segi ilmu dan
akhlaknya. Paling baik jika keputusan tersebut dilakukan oleh sekumpulan ulama
yang berwibawa.
Pengalaman
Bersama Orang Beragama..
Bukan semua agamawan hidup atau bertindak
dengan apa yang diucapkan mereka. Mereka juga mempunyai kelemahan dan tidak
sempurna. Pada saya, ikutan utama kita ialah Rasulullah SAW. Baginda contoh
tauladan kita. Selagi agamawan tersebut ikut Rasulullah selagi itu kita boleh
ikut agamawan tadi.
Disinilah pentingnya meramaikan guru,
memperbanyakan membaca daripada pelbagai aliran.
Ada juga agamawan yang berakhlak buruk.
Percakapan seringkali berkaitan seks dan poligami, meniaga seringkali menipu,
memperdagangkan produk dengan hujah agama. Perkara ini telah menjatuhkan
kewibawaan agamawan tersebut dan boleh merosakkan imej Islam.
Ada juga pemimpin merangkap agamawan gagal
menunjukkan akhlak yang baik dan tindakan kurang berhikmah walaupun perkara itu
adalah betul.
Pemikiran para agamawan yang kurang memahami keutamaan
dan realiti semasa’(walaupun seringkali bercakap tentangnya) serta kurang mesra
anak muda menjauhkan lagi agamawan dengan masyarakat. Agamawan banyak bercakap
tetapi kurang mendengar dan bertindak.
Saya menganggap itu semua kelemahan peribadi
para agamawan tersebut bukannya agama Islam. Kita perlu lebih banyak
mengamalkan agama ini daripada mereka.
Sistem yang dihasilkan daripada pentafsiran
para agamawan juga kadangkala banyak menyukarkan masyarakat, kurang mesra dan
kurang berkesan serta kurang pemantauan. Jabatan Agama yang diamanah untuk
menggerakkan agama banyak melakukan tindakan yang mengelirukan menyebabkan ada
sekelompok masyarakat berpandangan negatif terhadap institusi agama di negara
ini.
Pengalaman peribadi juga mempengaruhi kita
dalam beragama. Kes penceraian, dibuli disekolah, poligami dan permasalahan
keluarga menyebabkan kita merasakan agama tidak dapat membantu kita pada saat
memerlukan. Perkara ini boleh membenihkan sikap kurang percaya kepada agama.
Kaderisasi sesebuah organisasi Islam yang
kadangkala ekstrem menanam fobia bagi mantan kader untuk bergerak aktif dalam
organisasi Islam. Ia telah memberi pengalaman hitam yang sukar dilupakan.
Pengalaman dengan orang beragama menitik titik
hitam dalam hati anggota masyarakat untuk terus hidup beragama. Ada kalangan
mereka sangat antiagama dan menganggap hasil keputusan para ulama itu hanya
untuk kepentingan ulama dan pihak tertentu sahaja. Dan ada yang berani
menentang dan mengutuk agama(adakala yang ditentang itu pentafsiran agama).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan