Aku bukanlah seorang intelektual atau sasterawan, aku hanya insan biasa yang mahu menulis untuk luahan rasa-jiwa. Menulis apa yang dibaca, menulis apa yang dialami. Moga semua itu ada ibrah
Isnin, 2 Jun 2014
Islam: Agama dengan hujah
Agama Islam bersandarkan hujah-hujah, dalil, perbandingan dan rasional. Agama Islam bukannya berwahana menghina, mencaci, memburukkan agama-agama lain.
Saya suka melihat pendekatan Dr Zakir Naik dalam berdakwah. Beliau berhujah dengan membuka ruang 'dialog agama' dengan perbandingan hujah antara agama bukannya menghina atau merendah-rendah agama lain sehingga menjadi modal utama untuk berceramah.
Apabila Dr Zakir Naik mengemukakan hujah, akhirnya kita membuat penilaian atau pilihan berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan beliau.
Di Malaysia, ceramah kita sehala, kurang suasana 'berdialog agama' dan kebanyakan merendah agama lain.
Perkara ini tak sihat bagi pencerahan minda muslin Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan