Label dan brand gaya-Nabi.
Perlukah kita mempunyai label kita sendiri?
Perlukah kita membelanjakan duit yang banyak demi menjalankan kempen periklanan supaya label produk kita dapat dinaik-tarafkan menjadi brand, seperti Colgate, Apple, Pampers dan McD?
.
Kita tidak mempunyai bukti Nabi pernah menamakan apa-apa barang yang didagangkannya semasa beliau menjalankan bisnes tradingnya selama 20 tahun.
Namun, tanpa label, tanpa brand, perniagaan Nabi sangat menguntungkan. Beliau tidak pernah rugi apabila berdagang. Semua kargo yang dibawa oleh Nabi habis laku terjual.
Dari apa yang Nabi tunjukkan itu, kita masih boleh membuat untung besar dengan cara berniaga tanpa mempunyai label, apatah lagi brand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan