Dari kelas ABS
Label, brand dan duit....
Seorang ahli ABS menjalankan bisnes mendesain dan mengeluarkan sendiri pakaiannya dengan labelnya sendiri.
Beliau bertanya apakah yang beliau perlu lakukan bagi menaikkan label keluarannya menjadi brand.
Saya menjawab dengan bertanya, "Puan mahu apa? Mahu label? Mahu brand? Ataupun mahu duit?"
Beliau menjawab dengan suara perlahan, antara saya dapat dengar dan tidak.
Katanya, "Mahu duit."
Kata saya lagi, "Puan baru berhenti kerja. Dalam tempoh 3 tahun ini, yang paling penting adalah survival bisnes puan. Lupakan label. Lupakan brand. Fikir duit dahulu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan