Contoh Jawapan Esei untuk Kerja Kursus Sejarah 2013
Tulis satu esei
tidak kurang daripada 100 patah
perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat
nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.
Kedatangan kuasa Barat
ke rantau Asia Tenggara telah membawa perubahan besar terhadap ekonomi
masyarakat tempatan termasuk di Malaysia. Sistem ekonomi tradisional yang
berasaskan ekonomi sara diri telah mengalami tranformasi kepada ekonomi
bersifat komersial. Perkara ini telah meninggalkan impak besar kepada kegiatan
ekonomi tradisional masyarakat tempatan. Persoalannya sekarang, bagaimana cara
kita meningkatkan kesedaran nasionalisme rakyat tempatan agar mengukuhkan
kembali kegiatan ekonomi tradisional di negara kita?.
Sokongan
masyarakat Malaysia terhadap hasil produk hasil perusahaan tradisional
menunjukkan bahawa mereka bangga terhadap
barangan tempatan. Rakyat Malaysia perlu mengubah sikap mereka dengan
mengutamakan pembelian barangan tempatan. Barangan kraftangan umpamanya, boleh
dibeli untuk dijadikan barangan perhiasan dalaman rumah berbanding hiasan luar
negara.
Kemunculan
pelbagai jenis makanan daripada Barat telah memalapkan perusahaan makanan
tradisional masyarakat tempatan. Anak-anak muda kurang mengetahui jenis-jenis
makanan tradisional yang terdapat di Negara kita. Justeru, usaha berterusan
dalam mempromosi makanan tradisional tempatan wajar dilakukan secara
besar-besar agar anak-anak muda meminati makanan tradisional. Ini membolehkan mereka
lebih menyayangi
hasil produk kegiatan ekonomi tradisional.
Penjajah
Barat pernah memperkenalkan tanaman baru seperti tembakau, sawit dan getah.
Tanaman baru lebih bersifat komersial dan dilakukan secara perladangan. Tanaman
baru ini menyebabkan penanaman tanaman bersifat tradisional seperti padi sawah
semakin tidak popular. Permasalahan yang timbul, keuntungan tanaman komersial
bergantung kepada harga pasaran dunia. Ini menyebabkan pendapatan petani yang
menanam tanaman tersebut merosot. Pada masa yang sama, keperluan tanaman yang
bersifat sumber makanan sangat tinggi dan semakin penting. Petani kita perlu mempertahankan tanaman
tradisi agar berlaku keseimbangan antara keperluan komersial dan kepentingan
sumber makanan Negara.
Kesimpulannya,
kita perlu bersedia mempertingkatkan iltizam dengan pelbagai usaha dalam memperkasakan kegiatan
ekonomi tradisional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan