Bisnes Part Time
Bisnes part-time....
Banyak orang menjalankan bisnes part-time. Sambil makan gaji, sambil menjalankan bisnes sendiri.
Apakah bisnes part-time cara yang bagus menguruskan bisnes kita?
.
Nabi kita menjalankan bisnesnya secara full-time.
Sejak usia beliau 8 tahun, beliau sudah menjalankan bisnes full-time. Semasa beliau menjual perkhidmatannya sebagai penjaga ternakan orang kaya, beliau tidak menjalankan aktviti bisnes lain sebagai sampingan.
.
Apabila pada usia 12 tahun Nabi kita bekerja dengan majikan, beliau bekerja full-time.
Selama 6 tahun beliau bekerja sebagai pembantu pedagang Abu Talib, Nabi kita menjadi pembantu full-time. Beliau tidak menjalankan kerja sampingan.
Pada usia 18 tahun, beliau memulakan bisnesnya sendiri secara full-time. Selama 20 tahun beliau menjadi trader, beliau melakukannya full-time.
.
Nabi kita sudah menunjukkan kepada kita cara dan ethics yang betul apabila kita bekerja dengan orang, dan cara dan ethics yang betul apabila kita berniaga.
Itu tidak bermakna kita tidak diizinkan berniaga part-time.
Nabi menunjukkan kepada kita cara yang lebih betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan