Label dan brand gaya-Nabi.
Perlukah kita mempunyai label kita sendiri?
Perlukah kita membelanjakan duit yang banyak demi menjalankan kempen periklanan supaya label produk kita dapat dinaik-tarafkan menjadi brand, seperti Colgate, Apple, Pampers dan McD?
.
Kita tidak mempunyai bukti Nabi pernah menamakan apa-apa barang yang didagangkannya semasa beliau menjalankan bisnes tradingnya selama 20 tahun.
Namun, tanpa label, tanpa brand, perniagaan Nabi sangat menguntungkan. Beliau tidak pernah rugi apabila berdagang. Semua kargo yang dibawa oleh Nabi habis laku terjual.
Dari apa yang Nabi tunjukkan itu, kita masih boleh membuat untung besar dengan cara berniaga tanpa mempunyai label, apatah lagi brand.
Aku bukanlah seorang intelektual atau sasterawan, aku hanya insan biasa yang mahu menulis untuk luahan rasa-jiwa. Menulis apa yang dibaca, menulis apa yang dialami. Moga semua itu ada ibrah
Sabtu, 29 Jun 2013
Bisnes Part Time
Bisnes part-time....
Banyak orang menjalankan bisnes part-time. Sambil makan gaji, sambil menjalankan bisnes sendiri.
Apakah bisnes part-time cara yang bagus menguruskan bisnes kita?
.
Nabi kita menjalankan bisnesnya secara full-time.
Sejak usia beliau 8 tahun, beliau sudah menjalankan bisnes full-time. Semasa beliau menjual perkhidmatannya sebagai penjaga ternakan orang kaya, beliau tidak menjalankan aktviti bisnes lain sebagai sampingan.
.
Apabila pada usia 12 tahun Nabi kita bekerja dengan majikan, beliau bekerja full-time.
Selama 6 tahun beliau bekerja sebagai pembantu pedagang Abu Talib, Nabi kita menjadi pembantu full-time. Beliau tidak menjalankan kerja sampingan.
Pada usia 18 tahun, beliau memulakan bisnesnya sendiri secara full-time. Selama 20 tahun beliau menjadi trader, beliau melakukannya full-time.
.
Nabi kita sudah menunjukkan kepada kita cara dan ethics yang betul apabila kita bekerja dengan orang, dan cara dan ethics yang betul apabila kita berniaga.
Itu tidak bermakna kita tidak diizinkan berniaga part-time.
Nabi menunjukkan kepada kita cara yang lebih betul.
Murung
Bagaimana boleh mengelak seseorang menjadi murung atau depress? Kemurungan kebanyakannnya adalah hasil dari mempunyai masa terluang dan membiarkan minda kita melayang tanpa tentu, samada kita dalam keadaan gembira atau tidak.
Untuk mengatasinya mudah, kawal minda kita daripada melayang liar dengan melakukan kerja. Apabila kita membuat sesuatu dengan serius, darah kita akan bergerak dan minda kita akan mula fokus.
Dengan sekejap saja, kita akan terasa minda kita bebas daripada kebimbangan dan ketakutan akibat pemikiran kita yang liar.
(Quran 9: 105)
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”
Bagi yang menghadapi kemurungan, teruskan membuat kerja dan konsisten - kerana itulah ubat paling murah Allah berikan kepada manusia dalam menghadapi kemurungan.
Senyum

Label, Brand dan Duit
Dari kelas ABS
Label, brand dan duit....
Seorang ahli ABS menjalankan bisnes mendesain dan mengeluarkan sendiri pakaiannya dengan labelnya sendiri.
Beliau bertanya apakah yang beliau perlu lakukan bagi menaikkan label keluarannya menjadi brand.
Saya menjawab dengan bertanya, "Puan mahu apa? Mahu label? Mahu brand? Ataupun mahu duit?"
Beliau menjawab dengan suara perlahan, antara saya dapat dengar dan tidak.
Katanya, "Mahu duit."
Kata saya lagi, "Puan baru berhenti kerja. Dalam tempoh 3 tahun ini, yang paling penting adalah survival bisnes puan. Lupakan label. Lupakan brand. Fikir duit dahulu."

Mencipta Modal Sosial Gaya Nabi
Dari kelas ABS
Mencipta modal sosial gaya-Nabi....
Dalam bisnes, peranan modal sosial adalah lebih penting daripada modal material.
Elemen-elemen modal sosial:
+ Personaliti menarik
+ Akhlak baik
+ Bakat baik
+ Pengalaman baik
+ Rekod prestasi baik
+ Keluarga baik
+ Reputasi atau nama baik
+ Pendidikan dan kelulusan yang baik
+ Jumlah sahabat-sahabat baik
+ Menjadi anggota kumpulan orang baik-baik
+ Pernah bekerja dengan majikan yang baik
+ Mempunyai banyak mentor yang baik-baik
Individu yang memiliki banyak modal sosial mudah mendapat modal material daripada orang-orang lain.
Mereka tidak memerlukan bank bagi mendapatkan modal.

Memilih Produk Gaya Nabi
Dari kelas ABS
Memilih produk gaya-Nabi....
Banyak orang yang baru mula hendak berniaga mengalami kesukaran berfikir hendak menjual barang yang macam apa.
Mereka tidak tahu apa yang hendak mereka jual.
.
Nabi kita sudah menunjukkan strategi mudah apabila hendak memilih barang jualan.
Inilah senarai semakan ciri-ciri barang yang paling bagus diperniagakan:
+ Pilih barang-barang keperluan harian.
+ Jangan kita buat sendiri barang-barang itu.
+ Barang itu dikeluarkan oleh peniaga-peniaga lain. Pilih yang kualitinya paling baik.
+ Pilih barang-barang yang laku keras di bandar-bandar ataupun negeri-negeri lain. Yakni, pilih barang yang berpotensi dieksport, yang boleh dijual di tempat lain, tidak semestinya luar negara.
+ Pilih barang-barang yang pembelinya sudah menunggu-nunggu.
+ Pilih barang-barang yang dapat diniagakan secara barter.
+ Pilih barang-barang yang dapat dihantar dengan selamat, tidak mudah rosak dalam perjalanan.
+ Pilih barang yang dapat dijual kepada trader lain.
+ Jual pada harga patut.
.
Banyak peniaga amatur memilih barang yang sukar dijual!

Khamis, 13 Jun 2013
Cara belajar...
Belajar sejarah mesti dengan membaca. Tanpa membaca, jangan bicara tentang kejayaan dan kecemerlangan.
Malang sungguh kalau tidak membaca. Manusia terpenjara oleh kebebalan akal sendiri.
Bacaan terbaik ialah al Quran...
Kewafatan Rasululllah SAW secara langsung telah membuka pintu fitnah kepada ummat manusia. Perdebatan tentang siapa penganti Rasulullah, pembunuhan Umar, Usman dan Ali, perang saudara pertama dalam Islam iaitu Perang Unta antara pihak Ali dengan Saidatina Aisyah. Fitnah-fitnah berlanjutan sehingga ke hari ini.
Suatu malam, Rasulullah melalui perkuburan Baqi'
Suatu malam, Rasulullah melalui perkuburan Baqi'
Rabu, 12 Jun 2013
Esei Kerja Kursus Sejarah 2013
Contoh Jawapan Esei untuk Kerja Kursus Sejarah 2013
Tulis satu esei
tidak kurang daripada 100 patah
perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat
nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.
Kedatangan kuasa Barat
ke rantau Asia Tenggara telah membawa perubahan besar terhadap ekonomi
masyarakat tempatan termasuk di Malaysia. Sistem ekonomi tradisional yang
berasaskan ekonomi sara diri telah mengalami tranformasi kepada ekonomi
bersifat komersial. Perkara ini telah meninggalkan impak besar kepada kegiatan
ekonomi tradisional masyarakat tempatan. Persoalannya sekarang, bagaimana cara
kita meningkatkan kesedaran nasionalisme rakyat tempatan agar mengukuhkan
kembali kegiatan ekonomi tradisional di negara kita?.
Sokongan
masyarakat Malaysia terhadap hasil produk hasil perusahaan tradisional
menunjukkan bahawa mereka bangga terhadap
barangan tempatan. Rakyat Malaysia perlu mengubah sikap mereka dengan
mengutamakan pembelian barangan tempatan. Barangan kraftangan umpamanya, boleh
dibeli untuk dijadikan barangan perhiasan dalaman rumah berbanding hiasan luar
negara.
Kemunculan
pelbagai jenis makanan daripada Barat telah memalapkan perusahaan makanan
tradisional masyarakat tempatan. Anak-anak muda kurang mengetahui jenis-jenis
makanan tradisional yang terdapat di Negara kita. Justeru, usaha berterusan
dalam mempromosi makanan tradisional tempatan wajar dilakukan secara
besar-besar agar anak-anak muda meminati makanan tradisional. Ini membolehkan mereka
lebih menyayangi
hasil produk kegiatan ekonomi tradisional.
Penjajah
Barat pernah memperkenalkan tanaman baru seperti tembakau, sawit dan getah.
Tanaman baru lebih bersifat komersial dan dilakukan secara perladangan. Tanaman
baru ini menyebabkan penanaman tanaman bersifat tradisional seperti padi sawah
semakin tidak popular. Permasalahan yang timbul, keuntungan tanaman komersial
bergantung kepada harga pasaran dunia. Ini menyebabkan pendapatan petani yang
menanam tanaman tersebut merosot. Pada masa yang sama, keperluan tanaman yang
bersifat sumber makanan sangat tinggi dan semakin penting. Petani kita perlu mempertahankan tanaman
tradisi agar berlaku keseimbangan antara keperluan komersial dan kepentingan
sumber makanan Negara.
Kesimpulannya,
kita perlu bersedia mempertingkatkan iltizam dengan pelbagai usaha dalam memperkasakan kegiatan
ekonomi tradisional.
Perang Paling Pendek
Perang aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.
Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.

Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.
Langgan:
Ulasan (Atom)