Khamis, 18 Disember 2014

BERKATA YANG TIDAK PERLU




Kata imam al Ghazali, modal seseorang manusia ialah waktunya. Jika kita membazirkan waktu, bermakna kita akan kehilangan modal dan rugi.

Imam al Ghazali memberi hujah Rasulullah dalam memperkukuhkan hujahnya iaitu

“Antara kebagusan Islam seseorang, ialah meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya”

Keinginan mengambil tahu terhadap sesuatu perkara yang tidak perlu ia tahu merugikan diri seseorang manusia. 

Penawar penyakit ini ialah setiap hembusan nafas adalah modalnya, lidah alat paling mudah mendapat pahala dan lidah juga alat paling mudah untuk ke neraka.

(olahan bebas dari Buku Bimbingan Mukmin, Imam al Ghazali)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan