Kata imam al Ghazali, modal seseorang manusia
ialah waktunya. Jika kita membazirkan waktu, bermakna kita akan kehilangan
modal dan rugi.
Imam al Ghazali memberi hujah Rasulullah dalam
memperkukuhkan hujahnya iaitu
“Antara
kebagusan Islam seseorang, ialah meninggalkan apa yang tiada sangkut paut
dengan dirinya”
Keinginan mengambil tahu terhadap sesuatu
perkara yang tidak perlu ia tahu merugikan diri seseorang manusia.
Penawar penyakit ini ialah setiap hembusan
nafas adalah modalnya, lidah alat paling mudah mendapat pahala dan lidah juga
alat paling mudah untuk ke neraka.
(olahan bebas dari Buku Bimbingan Mukmin, Imam
al Ghazali)