Selasa, 27 Mei 2014

Mencari Kebaikan


Manusia yang baik ialah manusia yang boleh membezakan kebaikan dan kejahatan. Manusia paling baik ialah manusia yang dapat mencari kebaikan dalam kejahatan/keburukan.


Khamis, 22 Mei 2014

Ekonomi Persahabatan

Kapitalisme adalah 'mazhab' ekonomi kaum materialis barat.

saya tertarik dengan Puan Ainon yang menggerakkan 'ekonomi persahabatan'.

'ekonomi persahabatan' atau 'economy of connections'.

Ertinya, sahabat-sahabat kita adalah modal bisnes. Mereka adalah asas kekayaan kita. Dengan mengenali mereka akan muncullah banyak peluang di mana kita dapat membangunkan bisnes bersama-sama dengan mereka.

Banyakkan bilangan sahabat-sahabat kita. Merekalah mesin duit kita yang sebenar!

Tiru meniru

Belajar adalah proses tiru meniru. Murid tiru guru. murid tiru murid. murid tiru buku. kejayaan bangsa Jepun yang mempunyai kebolehan yang cukup inovatif kerana keupayaan mereka meniru produk dari Barat.